Zulaikha berjalan menyusuri pantai Pulau Pangkor yang indah nan permai.Dia melabuhkan duduk di atas pasir pantai yang keputihan itu.Angkasa biru.Awan nipis.Angin bertiup membawa bayu laut yang menyegarkan.Melihatkan ciptaan Allah yang sangat indah,Zu bagaikan terlupa seketika masalah-masalah hidupnya.Masalah belajar,masalah peribadi ,masalah kesepian hidup yang terpaksa diuruskan sendirian berhad.
Alangkah indahnya hidup ini bertemankan bayu laut.Bertemankan sinaran mentari petang di pantai Pangkor yang indah.Ombak memukul pantai.Alunan air laut yang berirama itu begitu menenangkan sesiapa sahaja yang memandangnya.
Sekelumit terasa rindu kepada kehidupan dulu yang penuh kebahagiaan.Gelak tawa abah masih terngiang-ngiang.Pedih menerima pemergian abah yang terlalu awal.Sejak itulah Zu tidak menghiraukan diri.Makan sesuka hati sahaja untuk menghiburkan hati.
Saat masalah yang dulunya diselesaikan oleh abah melanda,Zu bagaikan ingin menjerit.Pastikah suatu hari dirinya yang dulu manja,menjadi kuat.Mampukah dia menongkah arus kehidupan yang semakin lama semakin hebat memukul dirinya yang kerdil di antara lautan manusia.Manusia yang tidak pernah ingin mengenali siapakah Zulaikha yang sebenarnya.
"Zu,ingat pesan abah,hanya masa yang akan menentukan segala-galanya.Abah harap bila abah sudah tiada di dunia ini,Zu kuat menempuh arus kehidupan"Suara abah lemah dan tidak berdaya.Bagaikan ditusuk duri hati Zulaikha melihat keadaan abah yang sudah tenat menghadapi penyakit kanser.Masa itu umur Zulaikha masih lagi belasan tahun.Masih tidak mampu mentafsir kata-kata abah.
"Abah.Jangan tinggalkan Zu.Zu takut hidup seorang diri"Air mata suam mengalir di pipinya.
Sekarang di usia 24 tahun,Zulaikha makin memahami maksud pesanan-pesanan abah sebelum ini.Namun Zu kesal kerana tidak dapat menjadi seorang yang kuat.Dia kalah dengan perasaan.Zu tidak dapat menahan kesedihan yang telah menyebabkan dirinya menjadi seperti sekarang.
"Rio,kalau Zulaikha nak jadi girlfriend ko,ko nak tak?"Sakat Hamid rakan sekelas Zu.
"Hah..ko nak suruh aku kapel dengan si badak tu...tanak la aku"Balas Rio.
Zulaikha terdengar perbualan mereka di dalam kelas.Masa tu Zulaikha berada di belakang.Mereka tidak perasan akan kehadirannya di situ.....
-to be continued-
"Seperti ada yang tak kena di saat melihat ke arahmu ,saat kau berpaling dan tersenyum ,dunia jadi luar biasa "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment