Umur Zulaikha sudah mencecah 24 semalam.Pejam celik-pejam celik tak terasa sudah 4 tahun hidupnya masih lagi tidak di takuk yang lama.Sejak masuk ke universiti,hidupnya bagaikan di bolak-balik oleh arus kehidupan dan kemiskinan seorang student.
Alat penimbang menunjukkan angka 70 kg lagi.
"Haih..Bila laaa aku nak kurus macam Nasha Aziz ni"Keluh hati kecil Zulaikha.Sekilas dia melihat cermin besar di dalam biliknya yang di beli semasa jualan clearance Hotel Shang Ri la 3 tahun yang lepas.
"Mirror-mirror on the wall..macam mana aku nak kurus?"Zulaikha menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan.Kemudian dia cuba berjalan gaya cat walk di hadapan cermin itu lagak seorang peragawati yang sudah 10 tahun berpengalaman.
"Huh...macam gajah"Keluh hati Zu lagi....
Zu tahu dia tak punya banyak masa lagi.10 tahun lagi,peluangnya akan jatuh ke 0% untuk mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.Pedih matanya melihat undangan perkahwinan yang berlonggok di atas mejanya setiap kali datangnya musim cuti sekolah.Huh...masih student dah dapat kawin.
Namun berat badan Zu masih lagi 70 kg.Tidak lebih tidak kurang.Hanya turun 2 kg semasa bulan puasa dan naik 5 kg secara drastik selepas raya.
ZU sudah pening..masanya sudah terlalu singkat.untuk dia menguruskan badan...
Dia harus memilih antara gajah atau sang kancil.
-to be continued-
"Mak su..mak su....bila mak su nak kawin....?"Tanya anak saudara nya yang masih lagi berumur 5 tahun.
Zu mengerut dahinya sambil memikirkan jawapan.Soalan itu lah yang bertubi-tubi ditanya oleh anak saudara,bapak saudara,atuk,nenek,pemandu bas,pemandu lori dan yang sewaktu dengannya.Dah dekat sejuta ayat dah terpaksa di reka untuk menjawab persoalan itu.Sekarang ni Zu terpaksa mereka jawapan lain untuk menyesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak 5 tahun...alasan student memang selalu keluar dari bibirnya pun.Tapi memang betul pun student tak sesuai untuk kawin.Tapi memikirkan kawan-kawan yang dah ramai berkahwin sewaktu belajar membuatkan Zulaikha terfikir.
"Tunggu Ira kawin dulu lahhh"Sepantas kilat jawapan tu keluar...
"Ira kecik lagi mana boleh kawin Mak su"Petah sajer anak saudaranya yang cute tu menjawab.
Zu diam.
"Ira..jom lah..mak su bawak Ira pergi Zoo nak hari ni..Boleh kita tengok anjing laut!"..Nak tak sayang?"Zu segera menukar topik perbualan.Ala..Jika diterangkan berguni-guni pun ,manakan anak kecil itu mampu untuk memahaminya.Bagi Ira hidup ini penuh dengan kegembiraan.Penuh dengan kebahagiaan.Anak kecil.Biarkan mereka menikmati waktu kecil itu puas-puas sebelum memasuki alam sebenar yang penuh erti ..penuh sensasi..penuh duri...ombak dan badai....
"Yeay...yeayyy.....Ira nak naik Nissan Micra maksu yang comel tuu...."Melompat-lompat budak itu sambil bertepuk tangan.Nissan micra itu adalah peninggalan arwah abah.Entah macam mana kereta itu diwasiatkan di atas namanya.Namun Zu bersyukur kerana dengan kereta itu,dapatlah dia menguruskan tugasan-tugasan universitinya dengan baik..
"Ira nak makan cotton candy ye mak su"Tambah ira sambil tergelak riang..
"Okek..untuk anak saudara maksu yang comel ni..mesti laa boleh..tapi jangan cakap dekat ibu maksu belikan tau..nanti dia marah.."Zu mengingatkan anak saudaranya itu.
"Okay...."Jawab Ira pantas sambil mengenyi mata..Enjin kereta dihidupkan dan Nissan Micra merentas arus kotaraya yang sesak seperti biasa.Hari itu Zu cuti dari kuliah ..
No comments:
Post a Comment